|
TAKAFUL
SARJANA
TAKAFUL
Cabang Muamalat Islam yang saling menjamin, menjaga dan memelihara
sesama peserta berasaskan kepada konsep Tabarru’
SARJANA
Dengan peningkatan kos
pembelajaran ke IPTA dan IPTS di sekitar 3% setahun berdasarkan
kadar inflasi, adakah anda telah bersedia untuk menghadapinya demi
masa depan dan
kesejahteraan anak anda? Pelan Sarjana dengan gabungan tabungan dan
perlindungan adalah satu usaha untuk mewujudkan dana khas sebagai
perancangan kewangan pendidikan anak anda di hari esok.
Kecemerlangan masa depan anak anda ditangan anda. Dengan perancangan
kewangan yang strategik dan digabung dengan perlindungan menjadikan
Sarjana sebagai suatu perancangan yang komprehensif dan harus bagi
penentuan masa depan anak anda.
Manfaat Utama
Manfaat Perlindungan
• Sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal menyeluruh ke atas
pembayar, kesemua sumbangan asas termasuk Rider atas diri anak
melainkan tabungan tambahan akan dilunaskan sehingga tarikh matang,
anak meninggal dunia atau keilatan kekal menyeluruh, yang mana
terdahulu.
• Sekiranya berlaku kematian ke atas anak, kontrak ini akan membayar
Manfaat Perlindungan berserta Akaun Peserta dan keuntungannya yang
terkumpul.
• Sekiranya berlaku keilatan ke atas anak, kontrak ini akan membayar
manfaat keilatan seperti di dalam jadual yang ditetapkan.
Kemudahan Pengeluaran Pendahuluan Biaya Pendidikan
Pengeluaran wang daripada Akaun Peserta (AP) dibolehkan 3 tahun
sebelum tarikh matang sebagai pendahaluan biaya pendidikan.
Manfaat Matang
Apabila kontrak ini matang, peserta akan menerima keseluruhan akaun
jumlah terkumpul dalam AP termasuk keuntungan dari AP dengan
lebihan Akaun Khas Peserta.
Manfaat Perlindungan Komprehensif
Manfaat sampingan perlindungan berikut boleh disertai dengan
sumbangan tambahan.
• Rider Bertempoh (Juvana Sahaja)
• Rider Penyakit Kritikal (Pembayar Sahaja)
• Rider Manfaat Hospital (Pembayar dan Juvana)
• Rider Pampasan Kemalangan (Pembayar Sahaja)
• Rider Manfaat Kematian dan Keilatan Akibat Kemalangan (Pembayar
dan Juvana)
• Rider Manfaat Pembayar (Pembayar Sahaja)
• Rider Manfaat Pendapatan Keluarga (Pembayar Sahaja)
• Tabungan Tambahan
Kelayakan Penyertaan
Had Umur: Sehingga 17 tahun
Tempoh Penyertaan: 5 hingga 25 tahun
Umur Pada Tarikh Matang: 13 hingga 25 tahun
Perlindungan Minimum: RM10, 000
Sumbangan Minimum: RM600 setahun (Asas dan Tabungan Tambahan)
Pembahagian Keuntungan / Lebihan
Pembahagian keuntungan dan lebihan adalah sebanyak 80% kepada
peserta dan 20% kepada Etiqa Takaful Berhad.
Peserta berhak menerima keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan
dari Akaun Khas Peserta (Jika ada).
Pengecualian
Cukai Pendapatan
Kontrak ini layak menerima pelepasan cukai pendapatan tertakluk
kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri.
*Penting
Fakta penyata ini merupakan keterangan ringkas. Untuk mendapatkan
butir-butir lengkap mengenai syarat dan peraturan, sila rujuk kepada
kontrak anda.
|